Monday, January 23, 2017

Metallica: Live Singapore Indoor Stadium 22 January 2017 WorldWired Tour Review/Ulasan

First in English then in Malay Language.
As usual, I try to make the contents varies.
So, its good to know both Bahasa Melayu and English. LOL!!







Setlist

-Ecstasy of Gold

-Hardwired (use intro tape similar to Aces High live style)
-Atlas Rise
-For Whom The Bell Tolls
-Fuel
-Kirk Solo I
-Unforgiven
-Now That We're Dead
-Moth Into Flame
-Wherever I May Roam
-Confusion
-Bass Solo
-Halo On Fire
-Jump In The Fire (James short tease after he saw a fan with a similar monster mask like from the single cover)
-One
-Master Of Puppets
-Kirk Solo II
-Fade To Black
-Seek And Destroy 

-Fight Fire With Fire (with intro tape)
-Nothing Else Matters
-Enter Sandman (with Frayed End Of Sanity ending)


My review/opinion and lots of talk cock.
Metallica in Singapore WorldWired Tour 2017 ,22 January 2017
Singapore Kallang Indoor Stadium


Metallica starting their WorldWired Tour in Asia means we get a show with fresh songs.
Unfortunately they do not play more of their new awesome album.
Unfortunately still no Spit Out The Bone live

But still Singapore got SIX new songs just now. (YEAAHHHHH!!)
And FIVE from the Black album. FIVE? YES! FIVE.  (BOOOOOO !!!!! but dont worry I can still remember the lyrics to the songs played from this album LOL!!)

Halo On Fire sounds so good as a live song. Together with Atlas Rise and Moth Into Flame, I think these three songs are going to be new live classics.
The five backdrop LED monster screens are awesome. I first see the usage of these style of screens tilted in different direction screens when I saw ACDC play live using similar screens, but Metallica brings the usage to a new level. 

I was sitting down, bought the "peasants" price level seats,(Price of a Metallica front section standing ticket in Singapore is equivalent to 4-5 Iron Maiden shows front section that I can see if I backpack for the coming 2017 tour), but I had no complains and really enjoy watching Metallica fans having fun from where I was.
Its awkward sitting down to see a rock show. LOL!

Metallica plays for about two hours.
I think no Fuck/Fucking or any adult words use at all by James thru out, except for the "cut this shit off from me" and James was saying (Metallica) Family regularly. LOL!
Metallica has really grown mature and I like it.
Most important there is no "baby" word by James. I cringe every time when James utter that word from what I saw on youtube or something.

Jump In The Fire happened when James notice a front row fan with the monster mask.
So James ask him to wear it.
And then he starts the tease.

I think the place is nearly full? about 11000-12000 fans in the indoor stadium.
3rd Singapore show ever.
2nd time they played this venue. The other time was outdoor to a much larger capacity 30-40 thousand fans.

I have no issues with the sound just now, but it becomes a habit of mine to always compare other bands sounds, to what Maiden soundman can do.
(Donington 2016, Black Sabbath was playing in the pouring rain and I was further away and still they have such pristine super loud and clear sound, and although Maiden has a good sound on the next day on the same stage, I can sense a clear winner being it the same stage, same huge field, 24 hours different.)

So whats more to say of Metallica live just now? Go and see them on this tour.
Its fun, its a mass singalong karaoke session except for the new songs. LOL!...

I did not have time to see the Merchandise stand.
I arrived quite late.
I was actually working today even though its a Sunday, but on morning shift. So I can save a precious day leave. LOL!!



<<<More live reviews from wherever I may roam to see my favourite bands thousands and thousands of kilometers from home are here - http://deaf-angel.blogspot.sg/search/label/live%20review
About 99 shows are reviewed. LOL!!
OK, I got to cut down. Ticket prices are getting more and more expensive. LOL!!>>>



Thats about it. More photos down scroll till end.










Salam Semua, baik aku type ulasan dan pendapat aku dan merapu merapu merapek meraban aku pasal Metallica main persembahan konsert untuk album baru mereka dengan World Tour bermula di Asia, dan giliran Singapura  pulak kat Stadium Tertutup Singapore 2017 ni dan apa je la tangan aku gatal nak taip.

Tangguh kang buat repot ni terus tangguh terus ke laut.

Anyway, yang kat atas omputeh tu aku cuba tulis lain2 kandungan, so thrill sikit la,
tak la sama boring kan cuma alih bahasa je...
Bacalah dua2.. 

Korang kerja shif mesti cam aku, kalau ada apa2 hal, kena cek rota kerja, hari apa hari apa dan apa shift ye tak?
Aku cek, alamak Metallica nye show aku kerja la,(Tapi ni bermakna aku konfem ada kat Singapore la, cam tu hari Malex main, aku off day so aku ada kat Malaysia la.. haha, gigit jari aku dah lama tak tengok band Malex main... best dorang). 

Ok Metallica ni, cek lagi, Selamat kerja pagi. Kalau tak, dua pilihan, ambik cuti dan ni membazir ok, membazir ok ambik cuti untuk Metallica, atau pujuk kawan kawan aku tukar shift dengan aku, tapi hari Ahad siak, dorang pun ada life ye tak. haha.

OK OK, so aku sampai lambat, sampai je, aku mesej kawan aku yang duk tempat lain " EH?? BUAT KALLANG WAVE LA!!!", hahaha, kira buat Mexican Wave.
Sapa tengok Iron Maiden tu hari 2011 tempat sama paham la apa aku cakap, yang diri kat bawah semua tengokkan yang kat tempat duduk buat WAVE.
Best la kan kalau tak boring siot.

So aku takde la nak tengok tshirt jualan kat merchandise stand.
Tapi kat MRT stesen sebelah tu, ada beberapa brader tengah jual tshirt Metallica.
Gitulah betapa kuatnya pukulan tarikan Metallica.
Mana ada kat Singapore orang jual tshirt bootleg sebelum konsert.
Kalau nak, gi Peninsular, lekas2 beli band tshirt korang nak gi tengok.
Tapi jarang la, kira takdelah bootlegging kalau band lain. Ni la dia pukulan Metallica.

So, setlist kat atas tu, memang aku harap Metallica main satu album penuh, non ado, cuma 6 lagu je. Spit Out The Bone takde. 
Wahh.. penuh siak staidum.. rasa seats semua sold out. Yang diri tu rasa nye macam sold out jugak. Ye la, mesti kena ada lobang lobang sikit kan, untuk kecemasan.

Aku ingat aku je "cheap skate" beli tiket murah.. Ala... MAT SALLEH semua ramai jugak duk seat murah. hoho.

Tapi semua fans ok.. lagu lama hidup. Seronok tau cam gini. Semua orang happy happy.
Aku tengokkan je yang minum beer, aku cam nak hasut, suruh lempar beer kat bawah. HAHAHAAH.
Temptation ok. Puaka paling besar gi rock konsert ialah balik rumah baju bau beer.
Tapi biar beer, jangan air kencing. HAHAHA. OK.... aku cakap ni pasal Donington, Hellfest ni semua tempat puaka ada perangai otak wayar kejap kena kejap tak kena.

OK OK, cerita pasal persembahan ye... apa aku nak cakap, ni Metallica.
Dah tahu dah show dorang macam mana kan.
Setlist tukar2, serious tadi tak tahu lagu apa dorang nak main, memang kecewa la lagu Avril Lavigne dorang perform - FUEL.

Battery takde, Creeping Death takde. 
Aku kurang sangat dengan Black Album, TETAPI, aku angkat tangan, aku sing-along lagu2 dari Black Album tadi.
Wherever I May Roam, dah berapa tahun tak dengar, tapi heran, aku boleh ingat segala lirik balik.
So maknanya ni lagu evergreen ye tak?

Aku kecewa, aku tak tengok liriks album baru lagi, kalau tak boleh nyanyi lebih.. ni aku tahu Atlas Rise je dan ulang2 Halo On Fire... tak rock la kan tak tahu lirik.

OOooo Halo On Fire, live dahsyat. OK lagi sekali DAHSYAT. Huruf besar.
Start slow James sorang2... baru lagu masuk.
Lagu ni kan dia punya time change. Giler ah..
Terbaik lagu ni.
Atlas Rise dah macam lagu2 lama dah respon peminat ye.
Moth Into Flame , Kirk nye gitar yang paling best lagu ni. Aku syok sendiri masa lagu ni.

Masa Jump In The Fire tu memang seronok tengok apa terjadi.

Lain2.. biasa2lah.. 
"Scanning The Scene In Singapore Tonight", 
Gimik2 Nothing Else Matters yang kamera zoom kat pick James Hetfied masa Nothing Else Matters.

Aku kira tadi, 90% tengok pentas, kira apa la aku nampak dari jauh, dan 10% tengok penonton.
Seronok ye rupanya kalau kita duduk then kita tengok fans berdiri.
PUNYELAH HAPPENING, KECOH, HURRAY HURRAY.

Aku sampai wassap famili aku foto dari atas tu, aku cakap aku jeles, aku nak diri hurray huray kat bawah cam dorang jugak..
tapi apa kan daya, tiket Pen A, puaka... buncit la perut ko promoter.!!!!!

Memang rasa menyesal duduk, tapi apa nak buat. Tiket berdiri mahal nak mampos.
Aku biasa jugak tengok persembahan2 kat Indoor Stadium ni, sapa tak tahu, sini la tempat nya XPDC main headline act dua dua band lineup Brutal dan V6 selama tiga jam, dan SEARCH hanya sebagai pembukaan je. Double Trouble pun main sini.
Iron Maiden pun...
dan aku kira balik, apa show yang aku duduk eh tengok masa kat Kallang Indoor Stadium ni, ooo Dream Theater zaman Octavarium, Deep Purple untuk show album apa ntah, dan paling aku menyesal aku beli tiket murah dan sepatutnya aku beli tiket paling depan sekali. Masa Roxette main untuk XXX celebrations (bukan blue eh, tapi 30 years celebrations). Terbaik. I love you Pers and Marie. . haaha.
Take care of your health Marie... 

OK lagi apa aku nak cakap..

OOOO... Rob Trujilo ke hapa nama dia, dahsyat bass solo dia, dia kan macam suka kangkang2 kan?
tapi takde la tadi...
Aku suka lak tengok dia tadi. Kot dia dah kena lahar. "Sila kurangkan kangkang tu boleh tak?"
Sakit mata aku.

So tadi, wahhh dia nye bass solo, sudah cam bersimpul simpul tangan dia. Pengsi bass solo dia. Aku suka. 10/10.
Akhirnya aku rasa aku terima dengan sakit hati, Metallica dah kembali empat. HAHA.

Aku suka tengok Lars dengan James, sama macam Jon Bon Jovi, dorang menampakkan usia dorang makin meningkat makin matang. Aku suka. Aku suka tengok Lars tadi dan permainnya pun cam Lars yang aku minat. 10/10.

Kirk dengan gitar White Zombie dia... 10/10

dan of course James Hetfied. Superman, best rhythm player macam Nordin Search, cewaahh.. 10/10

HAHA... ye la ye la, aku mintak maaf aku kutuk2 Metallica tak agak2 dulu.

ONE memang cantik ye, persembahan cahaya dan laser dia, dan background video sojer sojer tu memang terbaik. (Si Baju Hijau sedang bertugas....)..

Dah tu je la kot...


sapa minat nak tengok review2 ulasan tak senonoh aku tengok band dondang sayang dan dangdut cam Metallica dan seangkatan,
sila gi sini http://deaf-angel.blogspot.sg/search/label/live%20review
ada 99 review gitu..cehhh




OOOO GUNS N ROSES lepas ni, End of February... aku tak tipu AXL ROSE tiptop.

ok Aku dah cek GNR ialah hari Sabtu, aku dah cek minggu tu aku off tiga hari. WOOO HOOO.

Tapi tiket mesti banyak lagi nye, mahal nak mampos. 
Kalau aku gi, aku tunggu hari Sabtu pagi baru aku beli. HAHAHA. Tengok cuaca dulu. HAHAHA.

Sekarang musim hujan kan... kot Axl Rose demam kang... nyanyi 10 lagu berhenti..
Beli tiket mahal nak mampos, dengan nak keluar dari tempat tu publik transport..
tu tempat Jin Bertendang tu... Changi Exhibition Centre tu...
Sapa korang tengok Metallica kat sana berapa tahun lepas tido kat pantai Changi? haha.
Buat cam aku, Metallica start main last song, terus keluar naik bas.
So dapat kejar last MRT train.
So GNR ni last song kalau Paradise City kan? Aku paradise city dalam bas la..
tak sanggup ok tido tepi pantai kalau miss last bas dan seterusnya last MRT.
Anyway, yang ni kali dorang dah plan lagi baik la kan, Lauretta Alabon dan geng.

Kalau hujan ribut tak mau gi la... HAHA. Dengar Estranged kat rumah je la...
Jadi la kan? boleh buat bunyi ikan DOLPHIN. Kueeekkk Kueeekkk!!!


OK OK... ni semua adalah warm up je la kan, warm up untuk...
backpack dan tido kat airport dan dalam bas ekpress....
Maiden UK 2017.. wooo hoooo...
(tiketless sistem, so aku takde tiket physical kat tangan, bahaya besar sampai sana kena reject ID, hahaha).





"OUR ARMIES IN ENGLAND, IRELAND, SCOTLAND AND WALES"
"FOUR KINGS OF METAL FOUR METAL KINGS"

haha.. ok ok wrong band.



METALLICA COME BACK SOON, FASTER GO PLAY KUALA LUMPUR!!!! haha. So the whole audience just now can go again. LOL!!




12 comments:

berteromber said...

pergh!!!...pantas review...hahaha...

lawo aku nengok orang post kat FB dia punya stage tu...lampu2 tu semua...dan ada aku baca orang tulis man of the match malam tadi adalah Robert Trujillo...

btw...untuk orang2 macam aku..baca review jer la...Tq

Ijau D. Koceng said...

selamat, sebab metalika tak singgah KL, kah kah kah... mesti takde promoter yang sanggup kali ni

lagi sekali... selamat (thank you)

faizal abd fathi said...

steady ...

Saudagar Mimpi said...

Terima kasih tulis review ni Deaf.
Terasa mcm datang konsert pulak...BEST! huhuhuh

D'arsil said...

TERBAIK lah rebiu pantas.. ahaha klu tak silap perna baca kat sini cakap rob tu kankang macam ketam hahaha

Rafi said...

Wah dia ada main halo on fire eh.best woo..feveret song tu.mcm biasa tq sebab share info konsert metalika ni.si rob tu silap haribulan kena angin pasang nanti asek kangkang je..heheh

yusrina said...

takpe la deaf, walaupun aku tak dapat nak pergi nengok, at least dapat baca review dari bro ni pun dah kira puas hati sangat lah.. hehe
btw.. metallica is the best

metal brain asylum said...

yeahhh. untung la dapat tengok bang. saya tahun ni memang surrender sbb kena pindah rumah n anak 2 org masuk skolah. Anyway, setlist 2013 in KL n Singapore punye show lg melekat di hati sbb byk classics stuff. Lgu baru blom hadam di jiwa lg, Black album songs pulak ,errr suam suam saja di hati saya.haha

Kaboi Tanduk said...

Gempak dia punya lighting.. Rob Trujillo bila kangkang baru badass.. Hehe

myownmind said...

Terbaik limpahan lampu dan exf diooo..

myownmind said...

Terbaik limpahan lampu dan exf diooo..

ironmat said...

Baik ah deaf ... aku tengok metallica tahun 1993 cukup ler sebab 2.5 jam dorang full on tak banyak songeh ... ha ha